Wednesday, February 4, 2015

Idea Bekal Sekolah Anak Siri 1,2 dan 3

Assalamualaikum

Update Siri ke 3 pada 1 April 2015 :).  Sharing is LOVE!.

*****************************************

Ok Ida dah update kat sini siri 2 sekali supaya senang letak satu entry je.  Another 10 ideas (maybe ada yang sama) hheehe... and ida update sekali recipe atau cara nak buat.  Menu masih lagi berkisahkan selera Rayyan.  Teringin nak buat macam2 tapi kena slow2 untuk dia terima segala makanan tu....

updated 26 Feb 2015
******************************************


Aku tanya apa khabar...aku tanya apa khabar...hehhe dalam naw2 tak menulis di blog ni, duk cari alasan apa nak menulis tapi tak jumpa (padahal malas)... 

Hari ni ida nak share idea bekal sekolah anak-anak yang ida sediakan almost setiap pagi...bekal2 ni tailored kepada selera anak-anak ida especially si Rayyan sebab dia ni very the tau.... picky-eater level 1000.  Kadang-kadang dia punya memilih tu boleh buat mak dia migrain.  Kakak senang cerita, apa-apa pun dia makan, mudah sangat dan makan banyak jadi senang lah... 

ok jom share, mana tau boleh kongsi idea, sebab ida pun kalau kering tu bukak blog juga cari idea nak bekalkan apa, lepas tu kena fikir masuk tak selera Rayyan, ubah sikit2 hheee...so harap2 sharing ida ni dapat bagi manfaat untuk orang lain pulak walaupun tak variety sangat...katanya picky eater...harus benda sama je la kan... :/

Seboleh-bolehnya ida bekalkan sekali buah-buahan sebab Rayyan (Rayyan lagi...) tak makan sayur, jadi memang tak boleh masukkans sayur dalam masakan, jadi buah sebagai ganti, itupun yang dia nak je la... InsyaAllah lepas ni nak train dia makan sayur slow2...



Spiral Pasta cuma rebus letak olive oil/buttercup dan garam sikit je. Oreo dan grapes.

Nasi Goreng Planta, Chocolate Cake (beli tepung ready made cuma tambah telur dan kukus) dan Grapes.  Choc Cake buat tengah malam :)

Roti Sosej (cara nak buat pada gambar bawah), Oreo dan Epal.  Paling Kesukaan ni.  Orang buat roti sosej guna telur putih dan bread crumbs kan, tapi ida tak letak bread crumbs sebab (hmmm tau la kan..) dan telur kuning + telur putih sekali sebab sayang nak buat telur kuning ahaks..

Fettuccinne goreng (ala2 aglio olio), limau mandarin dan biscuits kesukaan masing2

Nasi goreng telur, telur goreng dan biscuits kesukaan masing-masing

Spiral Pasta Sup (sup ayam dan kentang), Chocolate Cake dan Red Apple

Sandwich daging ayam dan red apple (masa ni terbangun lambat :P)

Sea Shell Pasta kosong, pancake (ni guna ready made pancake flour brand pillsburry) w honey dan biscuits

Sea Shell Pasta goreng, telur rebus dan kek pisang.  Alkisah tak pernah pun buat kek pisang, balik kampung mak ajar...selamat...lepas ni kek pisang sesajeeeee la...hehehe


Nasi goreng.  Jalan2 Tunas Manja jumpa "perencah nasi goreng kanak-kanak", kakak nak sangat try, jadi mama try lah..rasanya sedap juga tapi Ida tak berapa suka perencah ready made ni sebab sure banyak aji-no-moto kan...sekali sekala boleh la.  Agar2 sirap biasa kesukaan rayyan dan grapes.

Hari ni 2 menu berbeza. Rayyan punya jemput manis, biskut dan pisang.  Resipi Jemput Manis ialah :
All purpose flour, 
Gula 
Air
Bancuh agak2 tak cair sangat tak pekat sangat, tapi kena la kacau atau ramas2 sampai gula tu betul2 hancur.  Lama jugak supaya tepung tu naik atau kembang.  Kita boleh rasa sendiri kalau tepung tu dah naik. Pastikan minyak betul2 panas baru goreng.  Kalau tepung naik dan minyak betul2 panas, sure jemput akan lembut dan kembong..

Kakak punya adalah banana-nutella-crepe, biskut dan strawberry.  Crepe ni macam pancake jugak tapi version french.  Adunan lebih kurang cuma crepe ni nipis.  Cara nak buat crepe ialah :
1 cawan all purpose flour, 
1 cawan susu segar, 
3 biji telur, 
2 tbsp melted butter 
1 sudu gula.
  Kacau semua sampai sebati dan gula hancur, canai atas non-stick pan. balik2 kan sampai perang.  Lepas tu sapu lah nutella dan letak pisang dalam sebelum gulung. 

French Toast, Scramble Egg dan Air

French Toast :
Potong dan buang tepi roti, then potong segi tiga
Sapu jem/nutella/sunbear then lapiskan dua
Tekan dengan garfu tepi2 roti supaya melekat
Celup dalam telur yang dah di pukul.  Telur tu bancuh dengan susu segar. Rasa lebih sedap.  Goreng atas non-stick pan dengan minyak yang sangat sikit.  Ida guna coconut-oil (home made)

Scramble egg :
Bancuh telur dengan susu segar dan letak garam sikit kalau suka.  Masuk dalam kuali dan kacau2 sampai hancur.


Malam bila anak2 dah tidur mula la gatal tangan nak baking tapi since dah malam, kena buat benda senang2 je.  So jadi la cookies untuk bekal anak esok hari nya...yang penting, home made walaupun...hehehe.. nak buat nya senang amat :
1 cawan all purpose flour
1 cawan nutella/sunbear ataupun kalau sayang guna lah coklat masakan biasa
1 biji telur (size besar)
Kalau nak masukkan choc chips ataupun kekacang, silakan.  Ida punya ni tak ada choc chips (habiss)
Gaulkan semua bahan sampai sebati. Sudukan atas baking tray dan bakar 180 degree celcius selama 8-10 mins. Siap!
Pancake :
1 cawan all purpose flour
3/4 cawan full cream milk
1 biji telur (large)
2 sudu gula perang
1 sudu melted butter
garam secubit
*dalam resepi guna buttermilk, tapi susu biasa pun ok.  boleh juga letak baking powder kalau nak lagi naik.  Tapi bagi ida, kalau ada ingredient yang tak berapa sihat, tak perlu sangat letak, tak payah letak...
Macam biasa, gaul semua dalam bekas dan masak atas non-stick pan.  Jangan lama2 dan api kena perlahan.  


Spiral pasta goreng + carrot (dah mula masukkan sayur sikit2), agar2 sirap dan epal.  Jumpa silicon mould bentuk hello kitty dan bear so cantik sikit la agar2 kite...hehehe

Ni another fav rayyan.  Dia panggil nasi satay.  Nasi impit la tu.  Cara nak buat, beli yang dah siap, rebus je...hehhee...

Kuah kacang tu buat sendiri, rasa macam raya la pulak...

Donut.  Donut ni dah macam wajib buat tiap minggu atau pun tiap 2 minggu.  Frozen kan dan simpan..anytime anak lapar, donut la jadi penyelamat. heehe...
Resepi tak ingat jumpa dekat blog mana, tapi ni resepi paling senang rasanya nak buat :-
3 cawan all purpose flour
1 cawan air suam
6 tbsp gula pasir
3 tbsp susu pekat
2 tbsp mentega
1 packet yis
1 biji telur
Campurkan air suam, gula dan susu pekat.  Kacau hingga sebati, masukkan yis, kacau dan tunggu dlm 10 mins.
Cairkan mentega dan sejukkan.  Pukul telur, dan masukkan dalam mentega.  Masukkan mentega dan telur dalam campuran yis tadi.

Tuang ke dalam tepung dan kacau guna senduk hingga sebati.  Biarkan selama 45mins.

Kena guna banyak tepung di tangan sebab adunan memang lembik/lembut.  Buat bentuk donut, then tunggu naik sekejap and goreng.  Kalau nak frozen, goreng sekejap je just untuk matikan tepung, masuk dalam plastik and simpan dalam peti sejuk.  Ida suka letak dalam plastik kecik2 4-5 biji satu plastik supaya bila nak goreng, kita defrost cukup2 je tak mengganggu yang lain.  

Sausage roll, grapes, banana dan biskut.
Sausage roll tu guna roti gardenia.  Roll dulu roti gardenia tu supaya nipis, sausage rebus dulu sebab nanti nak goreng sekejap je.  Gulung sausage dengan roti, celup dalam telur putih yang dah di whisk.  kalau ada breadcrumb, golekkan dalam breadcrumb sebelum goreng. Budak2 suka sebab ada sausage, tapi sausage tak la healthy sangat kan, jadi limitkan lah seminggu sekali or 2 minggu sekali.

Nasi Goreng, roti + sunbear dan pisang.  Anak2 ida lebih prefer sunbear compared to nutella.  Mak dia je suka nutella.  Maybe sebab ada rasa badam tu kot dorang kureng....jadi kalau beli nutella memang selamat lambat habis hehee... Roti tu potong je dengan cookie cutter.  Nak bagi semangat dorang makan.  Nasi goreng mcm biasa la senang je kan...

Pizza, coco crunch dan air.
Pizza ida guna roti gardenia jugak.
Potong tepi roti, susun dalam baking tray.
Letak mozarella cheese antara roti tu supaya nanti semua roti tu bercantum.  Letak prego sauce (traditional), tabur condiments mcm nenas, sausage, cendawan, bawang etc, tabur mozarella cheese banyak2 di atas then bakar 200 degree celcius dalam 10 mins.  siap dan sedap...

Meehoon goreng, telur rebus dan air.
Meehoon Goreng :
1/2 packet Meehoon
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tbsp cili paste
2 tbsp tomato sos
1 tbsp cili sos
1 tbsp gula
garam
udang/sayur etc.
Rahsia dia : masa tumis cili dan sos tu, masak sampai cili tu betul2 masak, jangan lekas2 masuk mee. heheh

Roti + Sunbear, Swiss Roll (home made) dan limau.  Sekarang ni tengah semangat buat swiss roll.  heheh sebab ida ni penggemar bahulu gulung dari kecik lagi. Rasa swissroll ni lebih kurang la dengan bahulu gulung...anak2 pun suka tu yang lagi best.  Resipi? Next entry ye...panjang sangat...hehehe


Chocolate Puff, Hard Boiled Egg dan Kismis.  Seronok belajar buat Pastry Puff sendiri. Ida belajar dari youtube je...hehhehe ok la boleh frozenkan and guna untuk pelbagai resipi macam sardin puff, curry puff dsbgnya...

Ni resepi Churros tapi ida bake instead of goreng sebab malas nak guna minyak banyak...hehehe... then ida dip chocolate and sejukkan sebab tak nak comot baju anak2 nanti.  So rupa dia macam eclairs dah kan...cuma tak ada custard dalam tu.

First time buat roti sendiri.  Alhamdulillah anak2 suka.  Yang chocolate tu ialah pisang yang ida potong kecil2 and dip dalam melted chocolate dan keraskan.  Pisang tu kena frozenkan dulu sebelum potong.  So nampak macam snack tapi semi healthy la kot kan...hehhe

French Toast, Scramble Egg dan air.  Sebelum ni ida buat french toast tak pernah masukkan susu, rupanya bila masukkan susu, double kesedapan dan kelembutan gichewww...hehhee... and scramble egg pun masukkan susu dan cheese. Tapi jangan bagitau anak2 kalau tak dorang tak makan hahaha

Pizza, Mushroom Soup dan Biscuits.  First time jugak buat pizza crust sendiri.  Senang rupanya... buat banyak2 then frozen kan... anytime boleh makan pizza dekat rumah hehhee... Mushroom Soup from can ( i know!) huhu... InsyaAllah lepas pindah rumah nak buat all frozen sendiri.  Kat rumah ni kalau Italian Food memang laku! Italy sangat korang kan! hehee

Pancake (dah ada 2-3 pancake kat atas kan), Nutella Cookies and Carrot. Carrot memang tak laku huhu... Cookies tu simple je buat boleh google.


Hello Kitty Pau, Hard Boiled Egg dan Grapes.  Sebelum ni Rayyan tak pernah suka Pau, tapi dia tertarik dengan HK tu kot so dia try.  Tiba2 dia suka pulak and tiap hari mintak buat pau. Ida buat HK pau tu a day before sebab nak frozen bawak ke sekolah esoknya, tapi tak sempat, haritu jugak habis...ehehe...so malam terpaksa buat yang lain tapi tak koser dah la nak deco bagai...

Pancake (again), Fettuccini rebus dan Pisang.  This version ida letak choc chip atas pancake tu.  Tapi ida rasa kalau choc chip tu di gaul dalam pancake batter tu better sebab bila tabut lebih kurang macam hangit sikit choc tu.

Home made Chicken Nugget, Biscuits dan Pisang.  Chicken Nugget tu salut dengan breadcrumb (buat sendiri dengan masukkan Roti ke dalam oven dan hancurkan), ada jugak yang salut dengan oat. 

Prawn Tempura, Potato Fries and biscuits. Potato fries tu buat guna Russet Potato yang di rendam dalam air batu setengah jam, bake dalam oven, then fry dengan minyak yang sangat panas (sekejap je untuk bagi crispy)

Choux Paste theme.  heheh Eclairs for Kakak and Crullers for Rayyan sebab dalam eclairs tu kan ada custard confirm Rayyan tak makan punya kan... Basically guna batter yang sama (choux paste), untuk Eclairs, pipekan atas dulang, bake, masukkan custard as inti dan dip dalam choc.  Untuk Crullers, just pipekan terus dalam kuali panas entuk macam donut.  Tabur gula ataupun dip dalam chocolate. 




Sekian UPDATE SIRI 3.  Heheh Idea tak berapa nak ada dah ni banyak juga repeat menu sama dah.... Lepas ni kena dig lagi menu2 baru and bagi anak2 try, kalau dorang suka, boleh la masuk dalam list bekal ke sekolah. hhehe

Daily Update ada dekat FB Page Roslida M Jani (page ye bukan account personal) ataupun Instagram IdaMJani under hastag #entrybekalanakida.  (emmm tak de la daily sangat hhaha)

Ok bai.  Semoga bermanfaat. Kalau bermanfaat untuk kawan-kawan, share lah kepada kawan-kawan yang lain.  

Saturday, December 6, 2014

Ida sakit ape? Ida sakit ape?

Assalamualaikum.

wow lama betul tak menulis ni.  Nak tekan keypad pun dah tak reti (ok bohong). Hi...

Now Ida active di Instagram (roslidamjani) dan FB Page (Roslida M Jani).  Page suam-suam kuku je tak ada follower pun tapi Ida suka active di page sebab tak perlu baca macam-macam entry rosak di wall FB.  Kalau dah buka, memang akan baca, so better tak buka and buka page sendiri je kan scroll lah entry sendiri and syok sendiri.  tak kesahh...hehehe.. kadang2 buka juga untuk tengok update kawan-kawan... blog ni, time ada cerita penting macam ni je lah kot sebab tak de masa lah... (konon).

Ok, lately ni banyak post hospital di IG dan FB page Ida kan.  Ko sakit ape? Kadang penat nak jawab soalan kawan2 siap copy and paste je jawapan...ngeeee...dah tu siapa suruh post sipi2 je... orang tanya, penat pulak nak jawab...jadi ni lah nak cerita details.  Saja nak kongsi mana tau boleh jadi manfaat untuk yang membaca kemudian hari.

Ok, October haritu UPT (urine pregnancy test) and positive. Gembira lah sebab dah 6 tahun kan tunggu.  And dah melepasi tempoh yang Doctor bagi.  Masa lahirkan Rayyan tu memang doctor suruh tunggu 5-6 years untuk next or cukup setakat 2 orang je sebab ada masalah dengan rahim. Bukan pakcik rahim ke ape tapi rahim wanita.  Maybe rahim nipis and since dah pernah ceaser masa lahirkan Humaira (buat dekat GH sebab specialist tak terima), so masa doctor buka untuk ceasar keluarkan Rayyan, ada masalah melekat-lekat dan Doctor terpaksa alter bagi elok balik.  Sebab tu lah kena tunggu lama untuk betul2 elok.

So, cerita lepas test upt tu, Ida terus lah pergi check dekat klinik swasta.  Doctor scan tapi tak nampak apa-apa.  Kalau ikutkan dah 4 weeks kot.  Heran jugak sebab 2 yang sebelum ni 5 minggu nampak jelas dah heart beat.  So doctor suruh datang another 2 weeks.  Lepas 2 weeks, datang scan lagi pun tak nampak jugak. Masa ni dah 6 weeks.  Doctor refer pergi KSH (Kuantan Specialist Hospital) jumpa dengan gynea.  Esoknya pergi KSH, Dato' Dr Goh scan, nampak lah satu kantung (air ketuban) yang betul-betul bulat means elok, satu lagi tak berapa bulat which doctor kata maybe tak jadi and sekali imbas nampak few dots lain.  But heart beat still tak nampak :(. 

So, doctor suspected molar pregnancy (please google malas nak tulis).  Doctor suruh datang another 2 weeks untuk scan and tengok how betul ke tak ke sebab semuanya masih kaburrrrr...

Balik rumah baca pasal molar pregnancy....Allah takut nya lah hai... memang stress sekejap... Tapi tak pe lah... Allah kan ada. Doa banyak-banyak mudah-mudahan bukan... tanya kakak and mak kata ramai je yang kena, buang je and ok... husband pun kata tak apa lah nak buat macamana...kita ikut je cakap doctor...

So after 2 weeks (8 weeks) pergi lagi scan and cuma nampak satu kantung yang bulat tu je.  Yang lain semua dah tak ada (Alhamdulillah)... but still, heart beat tak ada jugak... maknanya dari awal sampai lah 8 weeks ni tak pernah nampak heart beat.  So doctor cakap quite impossible kalau dah 2 bulan lebih tak ada heart beat.  Air ketuban tu memang nampak jelas, cuma dalam tu kosong tak ada apa-apa kelip2 tu. Doctor tanya nak buang terus ke or nak tunggu.  Since the following week tu kami nak ke Singapore, so mintak tunggu another 1 week. Doctor cakap "ok lah u pergi jalan dulu, nanti hari khamis datang kita terus buat D&C (dilation and curretage). Aaaaaaa takutnya sebab orang kata D&C ni sangat lah sakit nya...

So, next week tu pergi lah jenjalan ke Johor and Singapore.  Dalam hati duk teringat nak buat D&C next week takuttttttt.  Tapi perlulah gembirakan hati jugak... So, first day travel from Terengganu to Johor ok lah berjalan lancar... tak de apa-apa rasa sakit ke apa ke.

2nd Day, nak ke Singapore (USS), pagi tu ada bleeding sikit.  Dalam hati tak pe lah tak risau dah since Doctor pun cakap nak buang kan.  Dalam hati, kalau keluar sendiri pun ok jugak tak perlu lalui D&C ni.  So 2nd Day tu memang bleeding sikit je lah sepanjang hari tapi tak risau mana lah sebab dah tau keadaannya... redha je.

3rd Day, sekali lagi masuk ke Singapore, jalan-jalan je masa ni. Hari ni pun bleeding lagi.  Banyak sikit dari semalam.  Dalam hati ok lah, maybe dah nak keluar sebab ada baca-baca jugak kalau pregnant tak jadi ni dalam 2-3 bulan akan keluar. 

4th Day, hari ni dah nak balik.  Dalam plan, kami akan ke Seremban (rumah kakak ipar), sebab esoknya ada appointment sign agreement dekat KL.  Tapi sebelum tu singgah Legoland dulu. Kami masuk Legoland dalam pkl 12 tengahari jugak lah tak de lah pagi sangat.  Today bleeding banyak dari semalam and sakit bahagian pinggang.  Dalam hati, alahai period pain pulak.. dah la Premium Beautiful tak bawak...tapi tahan jugak lah sebab nak happy kan anak-anak...ehehhe... masuk dalam 2 jam macam tu, hujan...masa ni makin lama makin sakit dah tak bergerak mana-mana dah duduk je atas kerusi.  Ni dah bukan period pain dah macam gini gayanyaaaaa... sakit yang amatttttttt.... nak jalan pun tak boleh... terus ajak husband balik.  Azabnya nak jalan keluar from Legoland ke kereta tu.  Jalan pun dah macam apa gayanya tak tau lah... Husband berenti beli food untuk anak-anak kejap pun rasa macam lama setahun. hehhehe... rupanya macam tu lah contraction nak bersalin ehhhhh... sakit oi.  Sebelum ni tak pernah rasa sebab both anak-anak ceasar. Sampai ke kereta, terduduk tak tahan sangat sakit.  Masa ni decided nak balik ke Kuantan jumpa Dato' Dr Goh sebab dia je lah gynea yang Ida jumpa dah bertahun-tahun (macam tak percaya doctor lain).  Husband kata mana sempat ke Kuantan berapa jam baru nak sampai dalam keadaan sakit macam ni.  So dia decided nak ke Seremban (Columbia Hospital sebab Kakak Ipar biasa bersalin sini).. Akur je lah sebab dah sakit sangat.

Dalam kereta tertidur tengah-tengah sakit tu...(siap boleh tidur lagi hehhe)... half way terjaga and Alhamdulillah sakit dah beransur hilang... dalam 7 pm sampai ke Columbia Hospital Seremban. Masa ni sakit dah hilang, cuma bleeding banyak lah.  1 jam jugak tunggu Dr Intan datang. Masuk bilik Dr Intan, and check dia kata kantung and uri tu belum keluar.  So dia keluarkan manually. Jangan bimbang...tak sakit. Sebab dia pakar kan.  And dia guna alat lah untuk tarik keluar kantung dan uri tu.  Memang tak sakit.  Sakit contraction tadi lagi padahhhhh...huhu... 

Lepas keluarkan sambil mulut dia macam2 cakap (tak ingat dah ape dia cakap) dia scan lagi, unfortunately masih ada lagi yang tertinggal di dalam rahim.  Means tak keluar semua lah.... Dr Intan bagi ubat, suruh makan malam ni and kami decided untuk balik ke rumah Kakak Ipar sebab dekat je and single bed penuh dekat situ. Malas nak ambik double bed tak selesa nanti ada orang sebelah... so balik berehat di rumah sambil makan ubat dengan doa supaya yang tertinggal tu akan keluar sendiri malam ni or pagi esok!

Esoknya....petang baru dapat jumpa Dr Intan sebab dia ada emergency case pagi.  Dr Intan scan, tak bergerak-gerak jugak masih ada di situ.  So Dr Intan decided untuk buat D&C.  Kalau dah memang takdir nak merasa D&C tu, pusing kot mana pun kena jugak...heheheh..  Tapi Doctor kata better buat dekat Kuantan sebab nanti lepas D&C tak boleh travel jauh takut bleeding.  So ok lah, Dr Intan buat surat untuk Dato' Dr Goh and balik buat di Kuantan.

Esoknya, singgah KL dulu untuk sign agreement, terus balik ke Kuantan.  Tapi sebenarnya hari Jumaat tu Dato' Dr Goh cuti. So tawakkal je lah maybe jumpa another doctor.  Tetiba teringat pulak KMC (Kuantan Medical Center) dah pindah tempat baru kan.  Why not try dah alang-alang buat dengan Doctor lain.  So, pergi lah ke KMC, treated as emergency case, jumpa doctor and esoknya sign for D&C pkl 9 pagi.

4th time masuk ke OT room.  Dah tak la takut sangat.  eheheh... full bius. Dalam 1 jam macam tu kot.  And D&C tak sakit...tak sakit langsung masa buat (ofcourse lah sebab full bius) mahupun selepas tu.  Selepas habis ubat bius pun tak sakit.  Ini pengalaman Ida lah. Alhamdulillah Allah bagi tak sakit. Jadi kawan-kawan yang nak kena lalui D&C, jangan bimbang lah tak sakit InsyaAllah.

Jadi itu lah cerita pengalaman Ida.  Tak pernah terfikir akan lalui semua ni.  Dalam 2014 memang dengar ramai kawan-kawan yang miscarriage, tak sangka Ida pun kena lalui sama.  Ujian Allah untuk hamba-hamba yang dia sayang.  In my case, maybe memang tak ada apa-apa dalam kantung tu since awal sebab tak pernah nampak heart beat pun. It's maybe kandungan yang tak menjadi.  Tak ada rezeki, belum ada rezeki lagi.  InsyaAllah 2015 cuba lagi.  Please doakan dapat baby kembar lelaki perempuan ok!

Kenapa Ida? Kenapa gynea ko lelaki? Tak ada gynea perempuan ke? Ko tak kisah ke gynea lelaki?
Untuk pengetahuan kawan-kawan sahabat handai saudara mara yang menyayangi Ida, yang ambil berat sangat-sangat-sangat-sangat pasal Ida dalam hal-hal gini...Ida ni bukan nya gila ke bodoh ke nak suka-suka ambik gynea lelaki.  Since 2003, Ida ni ada satu masalah kesihatan.  Nak cerita pun susah sebab tak ramai orang ada masalah tu.  Masa mula2 tu Doctor nak cari ubat pun susah kena refer balik kes2 bertahun tahun dulu.  Sekarang tak tau la kalau penyakit tu dah fofular. Dari mula-mula dapat tau ada masalah tu dah pelbagai hospital Ida di refer from KMC, HTAA, HUKM, sampai ke KSH. Semua doctor yang di refer adalah doctor lelaki sebab doctor-doctor ni yang ada pengalaman dengan masalah ni sebelum.  So bagi kita yang ada masalah ni, boleh ke nak pilih2? Last sekali ida di refer kepada Dato' Dr Goh ni lah. Dia yang pegang kes ida dah bertahun2.  Ida bersalin dengan dia pun secara ceasar.  Memang tak di beri pilihan untuk bersalin normal. Cukup 37 weeks, terus belah. Doctor nak minimum masa baby duk dalam perut. Tak boleh tahan lama-lama sebab tak boleh ada pressure. 

Kalau buat pemeriksaan lain macam pap smear ke ape ke, Ida akan pergi dekat Doctor perempuan sebab pemeriksaan macam ni tak ada kena mengena dengan penyakit tu.  Ida pun tau nak pilih. Suami ada, dia tentukan apa yang boleh ke tak.  Kita bukannya tunggul kayu tak tau ape2.  So yang tak ada penyakit, bersalin senang, mengandung senang, tak perlu lah pertikaikan orang lain. Tak payah nak tanya-tanya banyak kali. Kadang2 yang dah tau pun tanya banyak2 kali soalan sama.  

Sama jugak dengan kes bersalin ceasar.  Bersalin normal ke ceasar ke sama je sakit dia.  Sama je siksa dia walaupun cara berlainan. Rezeki masing2 kenapa nak pertikai?  Allah tak cakap pun orang bersalin ceasar kurang pahala dia.  Kenapa kita nak rasa bersalin normal tu suci? 

Kes breastfeed.  Ida both anak dapat breastfeed selama 2 minggu sahaja paling lama sebab after that kena consume ubat semula. Lepas bersalin lah masalah Ida tu akan jadi tak betul sebab masa tu hormone berubah.  So anak2 isap susu formula.  Tapi isap susu formula pun tak menjadikan dorang berbeza dari orang lain pun. Alhamdulillah sihat, cergas, cerdik, comel... tak jadi lembu pun. Ida bukan nak pertikai susu ibu.  Yes susu Ibu terbaik di dunia tak ada yang boleh pertikai kan.  Tapi sesetengah yang breastfeed sampai pandang orang bagi susu formula lain macam.  Macam dia ibu paling baik di dunia.  It's your rezeki.  Rezeki orang lain tak sama macam u.  U tak tau apa yang orang lain lalui, don't JUDGE! That's not make u the most suci mom in the world JUST by giving your kids full breastfeed. Panjang lagi yang kita perlu lalui.  Macamana kita didik mereka.  Kalau ada rezeki, bagi full breastfeed.  Myself pun sebelum lahirkan anak macam2 beli persediaan untuk breastfeed. Lepas dengar Doctor explain, redho je lah.  For both anak.  Bila orang tanya, kita explain, dia siap pertikai lagi apa yang Doctor cakap.  Macam dia pulak yang ambik kes kita selama ni. HAHAHA ni kes lama-lama lah...cuma alang-alang cerita pasal masalah ni, luahkan terus...

DON'T JUDGE!

ok lah...panjang sangat dah melalut.  Ok Bai!!

Sunday, June 8, 2014

RM20,000 and RM60,000 Sales Achiever!!


Assalamualaikum and hi!

Alhamdulillah on Saturday, 7th June, company telah menganjurkan satu majlis penganugerahan Sales Manager dan Senior Sales Manager yang mana telah mencapai jualan sebanyak RM20k dan RM60k.

Seramai 11 orang from our team (diamondsisters) telah layak untuk naik ke pentas SM/SSM Award yang sangat meriah.

Seronok nya buat business bila di raikan beramai-ramai. Senang ke nak capai sales macam tu? Yes, senang bila kita buat business dengan cara yang betul, dan dengan bantuan kumpulan dan mentor yang betul.  Bila dah capai sales RM60k, bermakna ada another 3 steps lagi untuk capai RM2millions sale sekaligus berpangkat Crown Diamond Manager.  Semua tu tak mustahil, dengan bantuan guru dan kumpulan yang hebat.

RM20k, RM60k dan RM2mil sales? Macamana pulak dengan income? Income semestinya from 4-5 figures every month.  And SM/SSM Award ni di adakan antara 3-4 kali setahun, dan setiap kali penganugerahan, tak kurang dari 10 orang dari our group akan naik ke pentas. 

Dan, pada 21 June nanti pula, satu lagi Majlis Penganugerahan iaitu Diamond Night bakal di adakan.  Majlis Diamond Night ni akan meraikan Diamond Sales Manager (pencapaian jualan RM180k), Double Diamond Manager (pencapaian jualan RM720k) dan Car Fund Achiever (yang telah layak untuk mendapat duit tabung kereta setiap bulan). Pada tahun ni seramai 5 orang dari diamondsisters akan naik ke pentas merangkul DSM, DDM dan Car Fund award. Alhamdulillah.  Bagi kami, ini adalah permulaan, dan insyaAllah, akan terus berjuang bersama rakan-rakan kongsi untuk capai matlamat masing-masing.  Our short term target ialah #projekduitraya! Masing-masing nak buat duit raya besar and we are inviting anybody kat luar sana yang sama-sama berminat untuk buat duit raya with us!! 

ok lah...banyak pulak cakap...jom tengok gambar dulu...





















Tahniah TEAM!! Y'all deserved this di atas kesungguhan dan kesedaran diri masing-masing untuk mengubah hidup menjadi luar biasa!!!

Anda yang nak ubah jadi luar biasa? Contact us to know how!!!

#diamondsisters

or yours truly,

019 9369342 (CDM Ida)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...